Thursday, November 13, 2008

Anakku SAYANG!

Assalamualaikum kepada semua.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan tindakan Kementerian yang melarang penayangan video bertajuk ‘Sajak Kematian’ yang kecoh diperbincangkan sama ada di media elektronik ataupun didada-dada akhbar..perkara ini timbul apabila terdapat seorang penjaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru disekolah anaknya yang menayangkan video ini disekolah.(Mungkin di pelik kot tengok ank dia tiba2 je sembahyang kat rumah,sebab sebelum ni anak dia tak pernah pun sembahyang @ dia tak pernah pun suruh anak dia sembahyang @ dia pun tak pernah sembahyang kt rumah @ memang family dia ni tak pernah sembahyang kat rumah??..confius2)

Apepun..Cuma satu persoalan daripada saya untuk pembaca sekalian..

Adakah tindakan ini wajar??

Mari kita tonton bersama-sama video yang menjadi kontroversi ini untuk anda menilai kesesuaiannya untuk ditonton oleh kanak-kanak.

-

Bagaimana?? Adakah sesuai untuk ditonton oleh anak-anak anda??

Berikut adalah sebahagian keratan akhbar tentang tindakan kerajaan yang menilai tahap sesuatu video itu boleh ditonton oleh kanak-kanak

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Sajak Kematian' tidak sesuai di sekolah

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 11 Nov. - Kementerian Pelajaran tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah kerana ia tidak sesuai dengan tahap umur murid-murid yang terlalu muda.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya telah mengarahkan pegawai-pegawai kementerian agar membuat siasatan tentang klip video tersebut.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat.

"Saya secara peribadi tidak setuju tetapi sebenarnya penolakan (klip video) itu datang daripada ibu bapa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah yang antara lain memaparkan babak seksaan sakaratul maut selepas jenazah dikebumikan.

Bagaimanapun timbul persoalan yang dibimbangi akan menjejaskan akidah apabila klip video tersebut memaparkan gambaran tentang perkara yang berlaku di alam ghaib.



Berikut ni pula adalah video yang mengarahkan video tersebut untuk diberhentikan. Ini sebagai bukti bahawa apa yang saya tulis ini adalah fakta dan bukannya ‘auta’.



-


Penayanagan video ini dikatakan boleh mengganggu pembentukkan kanak-kanak dan sangat tidak sesuai untuk umur seusia mereka. Perkara ini sangat bertentangan dengan sunnah Rasullullah yang inginkan umatnya selalu mengigati mati kerana mati itu terlalu hampir.

ADAKAH KITA INGIN MENDIDIK ANAK-ANAK KITA DENGAN ILMU AKHIRAT INI SETELAH UMUR MEREKA CUKUP DEWASA?

Bak kata pepatah. “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Bukan dah jadi buluh baru nak lentur. Patah la buluh tu. Bila anak-anak dah terjebak denagn gejala sosial, berzina, minum arak, berjudi,buang anak, pukul orang, merompak dan sebagainya baru nak ajar tentang ilmu agama…

Emm. Lu pikir la sendiri.. Time tu baru lah mak bapak yang ‘sayangkan’ anak mereka ini nak hantar anak-anak belajar agama. Tak payah!! Nasi dah jadi bubur. Ais dah jadi air!Masa tu baru la nak ingat agama, ingat Tuhan… kalau tak, hari-hari tonton dan dedahkan anak-anak dengan program-program di televisyen yang dikatakan ‘BAIK’ untuk perkembangna otak kanak-kanak.

“Confirm ar..tengok cerita ni nanti anak kita pandai menyanyi, pandai bergaya macam model, pandai bercakap dengan oprang ramai, boleh menari tanpa segan silu, fikiran anak kita lebih terkehadapan, pandai ini dan pandai itu. bagus tu”

Tapi.. tanpa disedari.. program-program ini lah yang mengajar anak-anak mereka..

-pandai membuka aurat didepan orang ramai

-pandai memegang tangan orang bukan muhrim tanpa rasa bersalah

-pandai bersosial dan bergaul lelaki dan perempuan tanpa rasa ia ditegah dalam agama

-pandai meninggalkan waktu soalt kerana sibuk berlatih menyanyi

-lupa baca Quran sebab tak cukup masa nak hafal lirik lagu.

-dan banyak lagi..

Tapi..program-program ini langsung tak mendapat bantahan daripada pihak kerajaan atau mana-mana pihak. Siap boleh disiarkan tiap-tiap minggu lagi..Berikut list program ‘BERMANFAAT lagi SESUAI’ untuk tontonan anak-anak.

-Tom-Tom Bak (Astro Ceria), Idola Kecil (TV9), Macam-macam Aznil (ASTRO), LG mencari bintang, (TV8), One In A Million (TV8), Akademi Fantasia (Astro Ria), Maggie Mencari Bintang (TV9) dan banyak lagi…


Dimana nilai kita ketika waktu itu disisi Allah.Saya tertarik dengan kuliah ustaz Osman yang sempat saya ikuti semalam (Khamis,13.11.08).

“Nilai manusia terlalu rendah disisi ALLAH melainkan orang yang bertakwa. Bayangkan kalau rusa, agak2 dah teruk je (taknak dengar cakap tuan), dah tak boleh guna terus je sembelih. Jual kat pasar RM40/kg. Dapat gak hasil, Tapi kalau manusia,kalau disembelih (sebab dah tak rosak) dan dagingnya dijual dipasar. Jangan katakana RM1/kg, kalau dijual RM0.10/kg pun belum tentu ada orang yang nak beli”.

Wahai anak adam.. ingatlah anda akan ditanya setiap apa yang anda kerjakan. Setiap tindakan kita akan dipaparkan dan dipersoalkan diakhirat kelak. Percaya atau tak terpulang kepada diri masing-masing.

Tepuk dada Tanya IMAN !!

No comments: