Sunday, October 31, 2010

Memilih

Sedar atau tidak, salah satu kelemahan yang dimiliki oleh setiap lelaki adalah membuat pilihan. Hal ini tidak dapat disangkal oleh mana-mana lelaki kerana ia boleh dikatakan sinonim dengan sifat seorang lelaki.. Perkara ni bukan sahaja melibatkan soal memilih jodoh tetapi merangkumi semua perkara. Hatta sehingga sekecil-kecil perkara seperti memilih makanan.

1. Soalan : Nak makan kat mane?
Jawapan lelaki : Aku tak kesah.. kat mane pon boleh

2. Soalan : Malam ni nak makan ape ek?
Jawapan lelaki : tak tau ah.. Ikut ko je lah..



Tidak dapat dinafikan sifat lelaki yang kebanyaakn yang terbuka menyebabkan mereka tidak terlalu kesah atas pemilihan yang dibuat.. Mungkin juga sejarah silam yang berlaku dalam diri seseorang lelaki itu menyebabkan dia tidak mahu lagi membuat pilihan yang salah. namun, betul atau salah pilihan tersebuat ,, ia tetap harus dipilih..

Begitu juga didalam Islam contohnya.. kita harus memilih untuk ke syurga atau ke neraka kerana tiada tempat antara keduanya diakhirat kelak.


Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula) orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barang siapa yang taat, maka mereka itu benar-benar telah memilih jalan yang lurus.
Surah Jinn Ayat 14


Perkara ini perlu diatasi segera dan perlu dikikis dalam setiap otak manusia bahawa lelaki bukanlah golongan yang sukar membuat pilihan. Mungkin ini boleh dijadikan cabaran untuk saya dan anda semua kerana 'lelaki' dijadikan sebagai pemimpin dan pemimpin adalah pemutus dalam membuat sesuatu keputusan..


"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita),........"
Surah An-Nisa Ayat 34


Ayuh sahabat-sahabat ku.. Masa untuk berubah!!