Wednesday, September 17, 2008

Hebatnya ciptaan ALLAH

Mengapa WANITA sangat Istimewa.... ..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. '..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah....'
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam
sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...

susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade
lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....

pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2
pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang
yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa...'..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido..'....' ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap...'

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak
tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment
cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok
kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah
bersemut
dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung
elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor
dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi...'..i dah ngantuk ni..'..dalam pada nak masuk ke
bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak
siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci
lagi...grill
pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk
rompak
umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak
nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni
kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers
ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25
hb
ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh
malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku
nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan
program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan
mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon
keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv...'...i dah
ngantuk
sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun
takde...'... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak
dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK
KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi
kerana
memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan
kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah
istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah
mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Monday, September 15, 2008

LAnskap baru UNtuk MALAYSIA.

Sept16: Perubahan Tanpa Keganasan

Bagi mereka yang cinta kepada keadilan dan juga memperjuangkan keadilan, PDRM merupakan public enemy no wahid. Melihat polis sahaja kadang kadang merasakan sesuatu yang lain. Kerana sikap dan perbuatan sebahagian daripada pegawai polis, pejuang keadilan memusuhi institusi polis tersebut. Adil atau tidak, itulah hasil dari emosi perjuangan yang tinggi.

Tetapi dalam usaha membawa perubahan tanpa keganasan, pejuang pejuang perubahan perlu berubah sikap. Pada masa ini pejuang perubahan perlu berdoa akan ada, malah ramai, dari pegawai polis dan tentera terdiri dari mereka yang mahukan perubahan. Kita mengharapkan pegawai pegawai ini telah muak dengan onar yang telah dilakukan oleh kerajaan yang ada. Kita berdoa agar mereka merupakan orang orang yang bersedia untuk bertindak dengan adil, di tengah tengah ketengahan ke arah perubahan tersebut.

Kita percaya ketegangan yang berlaku atau mungkin berlaku ialah ketegangan yang dibuat buat. Ketegangan ini adalah dibuat oleh satu pihak yang punyai kepentingan. Kepentingan mereka adalah mereka takut kehilangan kuasa. Orang yang telah lama berkuasa, amat takut apabila membayangkan kuasa hilang.

Kuasa hilang bermakna, hilang nya kehormatan, hilangnya peluang membuat banyak keputusan, hilangnya juak juak yg sentiasa dikeliling.

Kerana ketakutan itu, mereka bersedia mengupah dan memberi upah yang mahal kepada mereka yang bersedia dikudakan.

Disinilah kepentingan polis dan tentera amat diperlukan. Mereka perlu menjaga keamanan dengan baik dengan penuh keadilan. Mereka perlu bertindak awal untuk memastikan sebarang keburukan dan onar tidak berlaku. Mereka perlu memadam sebarang api provokasi yang mahu dihidupkan.

Kita percaya, ada kalangan polis dan mungkin pegawai tinggi tentera yang korup. Tetapi kita berdoa agar lebih ramai polis dan pegawai tinggi yang beriman dan mempunyai common sense.

Sekiranya kerajaan baru diterima oleh Yang DiPertuan Agong atau Yang DiPertuan Agong menerima atau mengesahkan pembentukan kerajaan baru, maka itu bermakna pada masa itu Yang Dipertuan Agong telah menerima pembentukan kerajaan baru itu.

Sekiranya pada masa itu, tentera atau polis melawan kerajaan baru tersebut, adakah itu bermakna, mereka telah menentang Yang DiPertuan Agong, yang merupakan Ketua Turus mereka. Dan menjadi kewajipan polis dan tentera untuk berkhidmat kepada kerajaan pada masa itu. Dan kita berdoa agar pegawai pegawai dari polis dan tentera akan mempunyai kelurusan hati untuk bertindak benar pada masa itu.

Sesungguhnya Perubahan Tanpa Keganasan memerlukan pertolongan polis dan tentera untuk memastikan keamaman berkekalan dan tidak ada orang orang yang mengambil kesempatan atau membuat provokasi dalam masyarakat.

Pejuang pejuang perubahan hanya boleh berdoa agar ramai pegawai polis dan tentera yang boleh bertindak dengan adil dak saksama. Kita berdoa agar tidak ada pegawai tentera dan polis yang dibeli dan dipermainkan oleh mereka yang takut kehilangan kuasa dan mereka yang telah membuat banyak onar dinegara Malaysia tercinta ini.

Perubahan yang kita mahu ialah .....

PERUBAHAN TANPA KEGANASAN.



BERSAMA MEMACU ISLAM KETEMPAT SELAYAKNYA..