Tuesday, December 30, 2008

kami doaKan agar kau BAHAGIA di 'SANA'


Disamping keghairahan kita mengucapkan Selamat tahun Baru (Maal Hijrah) kepada sahabat2 dengan pelbagai kaedah seperti SMS,surat,ucapan melalui radio dan bermacam-macam lagi, sahabat2 seAGAMA kita di Palestine menerima ucapan tahun baru mereka dengan bedilan2 bom dan peluru2 yang turun umpama hujan angkara perbuatan ISRAEL LAKNATULLAH!!!

Hari ini masuk hari keempat serangan tersebut dan angka korban semakin menghampiri ke 4 angka.. Persoalannya disini... dimana kita ??? ape yang kita dah lakukan kalau betul mereka seagama dengan kita???
"sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara"

terpulang kepada anda untuk melakukan apa sahaja tindakan/perbuatan/respon mengenai isu ini jika anda benar2 menganggap mereka itu adalah SAUDARA2 seISLAM anda.
YANG PENTING!!! anda ada sesuatu yang ingin ditunjukkan didepan ALLAH kelak apabila di tanya di Mahsyar kelak..

sedekahkan AL-FAtihah untuk setiap muslim yang syahid di bumi PALESTIN.
Moga roh2 mereka diterima oleh ALLAH sebagai roh2 para syuhada'..
AMIN........

Monday, December 29, 2008

BOIKOT !!!

Boikot, jangan tak boikot demi kesucian Agama Islam dan Nabi kita Muhamad S.A.W.
Bgai sesiapa yang ada connection dengan Kementerian Perdangangan, minta usakan untuk menyekat
Barangan Lego diimport dan dijual di negara kita Malaysia.
Kalau boleh sebarkan ke negara islam seluruh dunia untuk menyekat sikap biadab ini.



Kawan-kawan sekelian,

Ini lah satu-satu contoh e-mail yang seharusnya kita ' on the spot '
forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungi
unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu
organasasi.

Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark
terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, di beri kitab termulia, dalam
bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.

Benarlah Kalamullah " wa lan tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hatta
tattabia millahum "

!!!STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!

Allahu Akbar!!!!!


Assalamualaikum,

refer to the latest lego collection recently launched in denmark , i wish
we could start thinking about that. Please inform our malaysian muslim to
stop buying and boycott all lego products.

Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.

Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T

Friday, December 26, 2008

Nak tunggu sampai bila??


Sekadar renungan buat diri ini dan para pembaca sekalian. Kita sering beralasan bila diminta untuk berdakwah kepada orang lain termasuk lah memberi tazkirah ke....buat usrah ke... dan lain2..Bermacam2 alasan diberikan semata-mata ingin mengelak dari melakukan "tugasan" ini walaupun ianya wajib disisi Islam .

Alasan yang biasa diberikan adalah TAK CUKUP ILMU..UMUR MASIH MUDA dll....

Setuju tak ape yang saya katakan??

mari kita renungkan sejenak...........


ZAMAN SEKOLAH


1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.

2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...

3. ‘Parents i’ tak bagi le...

4. Aku takut nanti ganggu akademik.

5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.


ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ


1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.

2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.

3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!


ZAMAN HABIS BELAJAR


1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.

2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.

3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.

4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.


ZAMAN KERJA


1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...

2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...

3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.

4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?


ZAMAN KAHWIN


1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.

2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?

3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.

4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.


ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL


1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...

2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.


ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH


1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?

2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...

3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?

4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...


ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN


1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.

2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?

3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.

4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.

5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.


ZAMAN DALAM KUBUR


1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!

2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....

3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!

4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?

5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!

6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?

7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?


Thursday, December 25, 2008

jauh Perjalanan Luas permandangan..

Assalamualaikum semua...

Maaf sebab lama tak update..sebenarnya banyak benda yang nak dikongsikan dengan sahabat2, cuma masa tak mengizinkan.Alhamdulillah. sepanjang cuti hujung semester ni, banyak perkara baru yang saya pelajari yang mana saya rasa semua ini sangat berharga di masa akan datang bermula dari pengisian rohani sehinggalah ke pengisia yang berbentuk jasmani.... semuanya ade.


Bersama sahabat2 lain diSelangor setelah habis program yang mana pengisian lebih kepada kerohanian,,,,,,,



ORANGE TEAM bersama ustaz di check point ke-3 (kalau tak silap), dalam usaha menawan puncak Gunung Ledang

Orange TEAM berehat sebentar!!! kami pun tahu penat gak.....





Allah nukilkan dalam kalam-Nya melalui surah al-Ikhlas yang bermaksud

"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu didalam kerugian , kecuali orang - orang yang beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Rasa terisi sedikit diri ini apabila menghadiri kuliah2 yang terdapat didalam program2 yang sempat saya ikuti.rasa kerdil sangat... Alhamdulillah.. entah2 kalau duduk rumah je sepanjang cuti mesti tak dapat semua ni...Amin.... cuma bila dengar kuliah dari ustaz2 ni,,,, tergambar diingatan tentang pesan seorang senior ketika kami dalam satu 'disscussion group' dulu.. betul ape yang senior ni bagitau...

"Zaman dulu, orang kafir tolak Islam sebab dia tak faham Islam dan tak nampak Islam tu cantik, tapi zaman sekarang, orang kafir tolak Islam sebab perangai@tingkahlaku orang yang bawa Islam tu teruk walaupun mereka telah tahu bahawa Islam itu cantik."

so, tepuk dada tanye diri sendiri........adakah kita tergolong dalam golongan yang saya maksudkan diatas??? adakah kita telah menjalankan tugas yang sebaiknya sebagai DUTA Islam kepada orang kafir di sekeliling kita?? adakah kita menjalani kehidupan ini mengikut apa yang telah digariskan oleh Islam???

Jom kita bermuhasabah bersama.. Moga hari esok lebih baik dari hari yang kita pernah lalui..


Bersama Memacu ISLAM ke tempat selayaknya..

Thursday, November 13, 2008

Anakku SAYANG!

Assalamualaikum kepada semua.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan tindakan Kementerian yang melarang penayangan video bertajuk ‘Sajak Kematian’ yang kecoh diperbincangkan sama ada di media elektronik ataupun didada-dada akhbar..perkara ini timbul apabila terdapat seorang penjaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru disekolah anaknya yang menayangkan video ini disekolah.(Mungkin di pelik kot tengok ank dia tiba2 je sembahyang kat rumah,sebab sebelum ni anak dia tak pernah pun sembahyang @ dia tak pernah pun suruh anak dia sembahyang @ dia pun tak pernah sembahyang kt rumah @ memang family dia ni tak pernah sembahyang kat rumah??..confius2)

Apepun..Cuma satu persoalan daripada saya untuk pembaca sekalian..

Adakah tindakan ini wajar??

Mari kita tonton bersama-sama video yang menjadi kontroversi ini untuk anda menilai kesesuaiannya untuk ditonton oleh kanak-kanak.

-

Bagaimana?? Adakah sesuai untuk ditonton oleh anak-anak anda??

Berikut adalah sebahagian keratan akhbar tentang tindakan kerajaan yang menilai tahap sesuatu video itu boleh ditonton oleh kanak-kanak

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Sajak Kematian' tidak sesuai di sekolah

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 11 Nov. - Kementerian Pelajaran tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah kerana ia tidak sesuai dengan tahap umur murid-murid yang terlalu muda.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya telah mengarahkan pegawai-pegawai kementerian agar membuat siasatan tentang klip video tersebut.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat.

"Saya secara peribadi tidak setuju tetapi sebenarnya penolakan (klip video) itu datang daripada ibu bapa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah yang antara lain memaparkan babak seksaan sakaratul maut selepas jenazah dikebumikan.

Bagaimanapun timbul persoalan yang dibimbangi akan menjejaskan akidah apabila klip video tersebut memaparkan gambaran tentang perkara yang berlaku di alam ghaib.



Berikut ni pula adalah video yang mengarahkan video tersebut untuk diberhentikan. Ini sebagai bukti bahawa apa yang saya tulis ini adalah fakta dan bukannya ‘auta’.



-


Penayanagan video ini dikatakan boleh mengganggu pembentukkan kanak-kanak dan sangat tidak sesuai untuk umur seusia mereka. Perkara ini sangat bertentangan dengan sunnah Rasullullah yang inginkan umatnya selalu mengigati mati kerana mati itu terlalu hampir.

ADAKAH KITA INGIN MENDIDIK ANAK-ANAK KITA DENGAN ILMU AKHIRAT INI SETELAH UMUR MEREKA CUKUP DEWASA?

Bak kata pepatah. “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Bukan dah jadi buluh baru nak lentur. Patah la buluh tu. Bila anak-anak dah terjebak denagn gejala sosial, berzina, minum arak, berjudi,buang anak, pukul orang, merompak dan sebagainya baru nak ajar tentang ilmu agama…

Emm. Lu pikir la sendiri.. Time tu baru lah mak bapak yang ‘sayangkan’ anak mereka ini nak hantar anak-anak belajar agama. Tak payah!! Nasi dah jadi bubur. Ais dah jadi air!Masa tu baru la nak ingat agama, ingat Tuhan… kalau tak, hari-hari tonton dan dedahkan anak-anak dengan program-program di televisyen yang dikatakan ‘BAIK’ untuk perkembangna otak kanak-kanak.

“Confirm ar..tengok cerita ni nanti anak kita pandai menyanyi, pandai bergaya macam model, pandai bercakap dengan oprang ramai, boleh menari tanpa segan silu, fikiran anak kita lebih terkehadapan, pandai ini dan pandai itu. bagus tu”

Tapi.. tanpa disedari.. program-program ini lah yang mengajar anak-anak mereka..

-pandai membuka aurat didepan orang ramai

-pandai memegang tangan orang bukan muhrim tanpa rasa bersalah

-pandai bersosial dan bergaul lelaki dan perempuan tanpa rasa ia ditegah dalam agama

-pandai meninggalkan waktu soalt kerana sibuk berlatih menyanyi

-lupa baca Quran sebab tak cukup masa nak hafal lirik lagu.

-dan banyak lagi..

Tapi..program-program ini langsung tak mendapat bantahan daripada pihak kerajaan atau mana-mana pihak. Siap boleh disiarkan tiap-tiap minggu lagi..Berikut list program ‘BERMANFAAT lagi SESUAI’ untuk tontonan anak-anak.

-Tom-Tom Bak (Astro Ceria), Idola Kecil (TV9), Macam-macam Aznil (ASTRO), LG mencari bintang, (TV8), One In A Million (TV8), Akademi Fantasia (Astro Ria), Maggie Mencari Bintang (TV9) dan banyak lagi…


Dimana nilai kita ketika waktu itu disisi Allah.Saya tertarik dengan kuliah ustaz Osman yang sempat saya ikuti semalam (Khamis,13.11.08).

“Nilai manusia terlalu rendah disisi ALLAH melainkan orang yang bertakwa. Bayangkan kalau rusa, agak2 dah teruk je (taknak dengar cakap tuan), dah tak boleh guna terus je sembelih. Jual kat pasar RM40/kg. Dapat gak hasil, Tapi kalau manusia,kalau disembelih (sebab dah tak rosak) dan dagingnya dijual dipasar. Jangan katakana RM1/kg, kalau dijual RM0.10/kg pun belum tentu ada orang yang nak beli”.

Wahai anak adam.. ingatlah anda akan ditanya setiap apa yang anda kerjakan. Setiap tindakan kita akan dipaparkan dan dipersoalkan diakhirat kelak. Percaya atau tak terpulang kepada diri masing-masing.

Tepuk dada Tanya IMAN !!

Wednesday, November 12, 2008

PENGGANAS @ Pejuang

Salam perjuangan..




Kalau anda semua masih ingat, tahun 2002 yang lalu, dunia telah digemparkan dengan tragedi pengeboman Bali yang mengorbankan ramai jiwa yang rata-ratanya adalah pelancong luar negara. Pelbagai spekulasi timbul berkaitan kejadian tersebut dan rata-rata penganalisis dunia meletakkan kesalahan tersebut keatas jemaah islam di Indonesia dan mereka terus digelar pengganas.

Baru-baru ini, kita dihangatkan kembali dengan kes ini apabila mahkamah Indonesia membuat keputusan untuk menolak rayuan daripada tiga orang suspek kejadian tersebut yang digelar pengganas iaitu Amrozi, Imam Samudera dan Mukhlas daripada hukuman mati. Walaubagaimanapun, selaku individu yang menggelar diri mereka sebagai JUNDULLAH, tidak sedikitpun terpancul rasa kekesalan diraut wajah mereka dengan tindakan yang mereka lakukan itu. Hal ini kerana mereka yakin dan percaya tindakan tersebut adalah tindakan yang paling sesuai untuk 'suasana' keadaan diBali pada ketika itu.

Mereka juga cukup yakin dengan 'janji daripadaNYA' dan mampu tersenyum ketika hakim membacakan keputusan penolakkan rayuan hukuman tersebut.
so... dimana kita??

Yang menggelarkan diri sebagai pejuang dijalanNYA..
yang menggelarkan diri sebagai penerus mata rantai perjuangan dakwah Rasullullah..

yang menggelarkan diri sebagai pembawa kebenaran dibumi Malaysia
yang menggelarkan diri sebagai agen perubahan kepada masyarakat
dan bermacam-macam lagi gelaran...


Tapi, kita langsung tidak yakin dengan apa yang kita lakukan dan seringkali mempersoalkan significant sesuatu tindakan walaupun perkara tersebut telah ditetapka dan diperbincangkan oleh pihak 'atasan'.
Well.. tepuk dada tanye diri.. adakah kita cukup bersedia dan yakin dengan ape yang kita perjuangkan sekarang?? dimanakah level keyakinan kita??

Bukanlah bermakna mengangkat senjata seperti mereka bertiga tadi barulah layak digelar pejuang sejati... Tapi cukuplah dengan tindakan yang bersesuaian denagn waqi' semasa kita sekarang.
Bukannya beramai-ramai 'mengangkat kaki' meninggalkan perjuangan ini dan menuding jari kesana dan kesini mencari kesalahan orang lain.

Bersama-sama ini saya titipkan coretan-coretan terakhir pejuang-pejuang tadi sebelum mereka dijatuhkan hukuman mati (ditembak dijantung)..
Moga menjadi enzim penaik dan pembakar semangat untuk kita semua.

Al-fatihah untuk ketiga-tiga pejuang ini agar usaha mereka mendapat keredhaan daripadaNYA dan roh2 mereka tergolong dalam golongan para syuhada.

AL_FATIHAH..




p/s : klik pada gambar tersebut untuk membaca apa yang diwasiatkan oleh mereka..



BERPRINSIP JANGAN JUMUD, BERTAJDID JANGAN MENGARUT..

Friday, November 7, 2008

TERBARU tntg OBAMA!!!

ASSALAMUALAIKUM. .

SAYA SEBENARNYA TERTARIK DENGAN PRESIDEN AMERIKA YANG BARU.

CUMA TERDAPAT BEBERAPA MAKLUMAT YANG BOLEH MENYEBABKAN KITA BERFIKIR SIAPA OBAMA SEBENARNYA.

PERTAMA
TERKINI BERITA YANG MENYEBUT OBAMA TELAH MEMILIH
Anggota Dewan Perundangan Demokrat dari Illinois, Rahm Emanuel, migran dari Israel yang merupakan seorang Yahudi Amerika telah menerima tawaran Barack Obama yang baru dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk berkhidmat sebagai Ketua Staf di White House.
BERITA LANJUT DI WWW1.MSTAR.COM. MY.

KEDUA

BERITA KEDUA

Hati-hati..Barack Obama boneka Israel !





Hati-hati..Barrack Obama boneka Israel !


Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?




Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).




Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Obama sedang melakukan ritual Yahudi.



Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel.

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik sini

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?


Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempen Presiden



Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008. Klik sini

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Klik di sini

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama.

Berhati-hatilah kita...


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)