Wednesday, September 10, 2008

Mungkinkah DUNIA ini akan berakhir???


Bila manusia ingin tahu bagaiman Bumi diciptakan..

Mesin pemecut atom terbesar dunia dihidupkan

GENEVA 10 Sept. - Ahli fizik zarah hari ini menghidupkan mesin pemecut atom terbesar di dunia dalam misi untuk menjawab antara persoalan paling rumit mengenai komposisi alam semesta.

Jentera yang dikenali sebagai Large Hadron Collider (LHC) itu dibina dalam sebuah terowong 100 meter bawah tanah dalam kompleks di sempadan Perancis- Switzerland.

Ia direka untuk memecutkan zarah subatom sehingga menghampiri kelajuan cahaya dan kemudian melagakannya dengan satu sama lain.

Pelanggaran itu buat seketika akan mencetuskan suhu 100,000 lebih panas daripada matahari, dan untuk sekelip mata meniru keadaan yang wujud selepas peristiwa Big Bang (Letupan Besar) yang menurut saintis membawa kepada penciptaan alam semesta 13.7 bilion tahun silam.

Zarah-zarah baru mungkin ditemui berikutan pelanggaran itu.

Penemuannya boleh membantu menyelesaikan misteri yang membataskan kefahaman kita tentang komposisi jirim dan bagaimana ia diwujudkan.

"Eksperimen ini bertujuan menimba pengetahuan untuk manusia tentang perlakuan jirim asas,'' kata ahli fizik, Daniel Denegri.

Dalam tempoh operasi LHC selama 10-15 tahun akan datang, timbunan data akan diperoleh daripada pelanggaran tersebut untuk dianalisis oleh universiti dan makmal di serata dunia.

Sejurus selepas 9.30 pagi (3.30 petang waktu Malaysia), kuantiti proton pertama disuntik ke dalam terowong berbentuk cincin sepanjang 27 kilometer di ibu pejabat Pertubuhan Eropah bagi Penyelidikan Nuklear (CERN).

Projek LHC itu memerlukan masa hampir 20 tahun, perbelanjaan enam bilion franc Swiss (RM17.5 bilion) dan kepakaran 5,000 saintis, jurutera dan juruteknik dari hampir 36 negara untuk menjadi kenyataan.


Tahukah Anda!!!!!!

Antara Bersin dan Menguap

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta’alaa anhu, Rasulullah bersabda, :

“Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; adapun menguap, maka itu dari syaitan, maka lawanlah sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa kerananya”. (Shahih Bukhari, 6223)


Imam Ibn Hajar berkata, “Imam Al-Khathabi mengatakan bahawa makna cinta dan benci pada hadits di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub dalam hadits itu. Yaitu bahwa bersin terjadi kerana badan yang kering dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang.

Ini berbeza dengan orang yang menguap. Menguap terjadi kerana badan yang kekenyangan, dan badan terasa berat untuk melakukan kerja, hal ini kerana banyaknya makan . Bersin boleh menggerakkan orang untuk beribadah, sedangkan menguap menjadikan orang itu malas (Fath-hul Baari: 10/6077)

Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut.

Rasulullah bersabda:
Apabila salah seorang diantara kamu bersin, maka ucapkanlah Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum (HR. Bukhari, 6224)

Dan para doktor di zaman sekarang mengatakan, “Menguap adalah gejala yang menunjukkan bahwa otak dan tubuh orang tersebut memerlukan oksigen dan nutrisi; dan kerana organ pernafasan kurang dalam membekalkan oksigen kepada otak dan tubuh.

Dan hal ini terjadi ketika kita sedang mengantuk, lesu, dan orang yang sedang menghadapi kematian. Dan menguap adalah aktiviti menghirup udara dalam-dalam melalui mulut, dan bukan mulut dengan cara biasa menarik nafas dalam-dalam !!!

Kerana mulut bukanlah organ yang diciptakan untuk menapis udara seperti hidung.

Maka, apabila mulut tetap dalam keadaan terbuka ketika menguap, maka masuk juga berbagai-bagai jenis mikroba, kuman dan debu, atau kutu bersama-sama dengan masuknya udara ke dalam tubuh.

Oleh kerana itu, datang petunjuk nabawi yang mulia agar kita melawan “menguap” ini sekuat kemampuan kita, atau pun menutup mulut saat menguap dengan tangan kanan atau pun dengan punggung tangan kiri.

Bersin adalah lawan dari menguap iaitu keluarnya udara dengan keras, kuat disertai hentakan melalui dua lubang: hidung dan mulut. Maka akan terkeluar dari badan bersamaan dengan bersin ini sejumlah hal seperti debu, haba’ (sesuatu yang sangat kecil, di udara, yang hanya terlihat ketika ada sinar matahari), atau kutu, atau mikroba yang terkadang masuk ke dalam organ pernafasan.

Oleh kerana itu, secara tabiat, bersin datang dari Yang Maha Rahman (Pengasih), sebab padanya terdapat manfaat yang besar bagi tubuh. Dan menguap datang dari syaitan kerana ia mendatangkan bahaya bagi tubuh.

Dan atas setiap orang hendaklah memuji Allah Yang Maha Suci Lagi Maha Tinggi ketika dia bersin, dan agar meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk ketika sedang menguap. (Lihat Al-Haqa’iq Al-Thabiyah fii Al-Islam: hal 155).

Monday, September 8, 2008

HArapan KU.....


Berkesempatan pada sabtu dan ahad lepas... bersama-sama beberapa orang sahabat lain melawat adik2 di sekolah lama kami. Alhamdulillah. Setelah 4 tahun meninggalkan sekolah..akhirnya sampai juga hajat kaki ini. Itu pun disebabkan 'task penting' yang perlu diselesaikan.
Benda yg cukup mengharukan hati ini bila kedatangan kami ke surau malam sabtu lepas disambut dengan deretan adik-adik yang berserban di saf hadapan.. perkara ini cukup berbeza jika di bandingkan zaman kami dahulu..

Alhamdulilah..ada perubahan yang cukup membanggakan kami dan ia juga selari dengan tujuan asal kami pergi kesana... Dalam benak ini, hati kecilku berbicara." Alhamdulillah..Allah permudahkan kerja ku"

Harapan kami agar ada penerus yang akan menyambung perjuangan ini bila kami melangkah keluar nanti..Adik-adik, moga kau bakal menjadi pendokong bukan sekadar penyokong untuk perjuangan ini.. Insyallah kami akan bersama-sama anda semua walaupun dengan usaha yang tidak seberapa ini..

MOGA-MOGA....suatu hari nanti..kita sebagai lepasan MRSM juga mampu menjadi FRONT LINE untuk perjuangan agama ini sebaris dengan sahabat-sahabat dari SMA,MAHAD dll dan kita tidak malu mengatakan kamilah lepasan MRSM..
Ingat..kita bukan pencetus atau penamat..tapi kita adalah PENERUS.

Bersama memacu ISLAM di tempat yang sepatutnya...