Tuesday, October 21, 2008

TENGOK!!!!!! Betul tak ape yang saya CAKAP !!!

Kena tunggu lima bulan... APE CITE????


ORANG ramai masih tertunggu-tunggu penurunan harga barangan keperluan di sebalik penurunan tiga kali harga minyak. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Samad membayangkan penurunan harga barangan keperluan akan berlaku dalam tempoh empat atau lima bulan dari sekarang.

Menurutnya, penurunan harga itu akan melibatkan beberapa barangan keperluan seperti beras, tepung, jagung dan minyak sawit.

"Sudah tiga kali penurunan harga minyak diumumkan, jadi selepas empat atau lima bulan harga minyak dunia turun, baru kita akan dapat lihat penurunan harga barang," katanya selepas menghadiri majlis meraikan lebih 40 golongan orang kurang upaya (OKU) sempena perayaan Deepavali anjuran pasar raya Carrefour di Subang Jaya semalam.


tengok!!!!! dah agak dah.. minyak dah turun 3 kali.. harga barang ??? TUNGGU 4-5 BULAN lagi k..

APA citer??

TQ........... KERAJAANku

MALAYSIA oh MALAYSIA...

Eurocopter: Kenapa beli lebih mahal?


Jimadie Shah Othman | Oct 20, 08 1:09pm

kemaskini 2:53pm Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta, kata Angkatan Muda PKR hari ini.

Dalam laporan polisnya, timbalan AMK Mohd Fariz Musa berkata perbezaan harga lebih sekali ganda itu harus dipertimbangkan untuk siasatan.

"Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar," katanya dalam laporan itu yang dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini.

helicopter military eurocopter cougor ec 725 troop transporterPerbezaan harga antara dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit, tambahnya.

"Persoalan timbul ialah ke mana perginya RM1.2 bilion ini dengan sewenang-wenangnya?" kata Mohd Fariz.

Kontroversi pembelian ini muncul selepas Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan tatacara perolehan helikopter tersebut minggu lalu dan isu yang sama dibangkitkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim mendakwa keputusan kementerian mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

Kementerian Pertahanan bagaimanapun menafikan perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725 melalui proses yang meragukan dan luar kebiasaan seperti dakwaan sebuah syarikat baru-baru ini.

Dalam kenyataannya Jumaat lepas, ketua setiausaha kementerian itu Datuk Abu Bakar Abdullah menyatakan perolehan itu mengikut peraturan seperti ditetapkan, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Semalam, kabinet dilaporkan bersetuju Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memperhalusi isu pembelian itu bagi menggantikan helikopter Nuri.

Katanya, sekalipun Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa proses perolehan helikopter itu dilakukan mengikut peraturan dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak, namun

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, juga menteri kewangan sewaktu proses awal pengeluaran tender tersebut, berkata perkara itu tetap wajar dikaji secara mendalam oleh PAC.

"Dalam mesyuarat kabinet Jumaat lepas, saya mengusulkan supaya isu pembelian helikopter ini dikemukakan untuk dihalusi oleh PAC dan dikaji dengan mendalam oleh PAC dan PAC boleh membuat kesimpulan," beliau dipetik sebagai berkata.

Fariz, yang membacakan laporan polis itu kepada media, turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi Malaysia berbanding Brazil.

"Kontrak Brazil itu juga mewajibkan Eurocopter memindahkan teknologi ke kilang di Brazil dan ini juga mempunyai kesan positif dari segi pekerjaan yang akan ditambah," katanya.

"Tetapi pembelian di Malaysia langsung tidak mempunyai sebarang asas timbal balik yang mendatangkan keuntungan buat Malaysia sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang."

Sunday, October 19, 2008

RAUDHAH d' BEST !!





Salam UKhwwah..
Baru2 ni adik2 dari JABKO RAUDHAH dapat task untuk buat jamuan Aidilfitri JABKO. Tapi tak sangka pulak program tu memberi kesan yang lebih mendalam kepada saya sebagai seorang senior. Tak tau nak luahkan macamane. Sbb sape yang join program tu je yang tahu. Rugi gak la ahli2 RAUDHAH yang tak dapat join. Mgkn diaorang ade tugas yang lebih penting kot.
Apepun.TAHNIAH untuk semua ajk.
Semoga persahabatan, perkenalan dan perpisahan kita nanti adalah kerana ALLAH.
Bukan kerana sesuatu yang berkepentingan untuk dunia semata-mata. Semoga ukhwah kita akan terus terjalin demi meletakkan ISLAM ke tempat SELAYAKNYA.
kerna kita bakal pencatur masa depan.



kau...... lah sahabatku yang setia,
ingin aku singkap kembali,
kenangan lama agar bersemi,
ingin ku ulangi kisah manis,
agar terus bersemadi

layarkanlah impian doamu,
sesungguhnya aku masih mengigati,
sebagai kawan, rakan dan teman,
semoga kita di berkati ALLAH.

kudoakan ya ALLAH,
kepadamu ya ALLAH,
agar bahagia...
didunia dan akhirat...

RAUDHAH d'BEST !!!



p/s ; mencari dimana saya??...Emmm.... sebenarnya sayalah yang rakam video ni.
InsyALLAH. DULU ,KINI , dan SELAMANYA bersama ISLAM