Thursday, August 7, 2008

doa senjata utama MUSLIM

Siapa kita disisi pencipta untuk meminta sesuatu dengan balasan serta merta.
Yang membezakan muslim dan manusia lain adalah pergantungan kita terhadap-NYA.


"Untuk melahirkan seorang rakyat yang berfikiran terbuka dimasa hadapan perlu bermula daripada kecil. Iaitu dengan melatih kanak-kanak tersebut membuka tangan.."
Psikologi Amerika

Islam telahpun mengajar semuanya. Sama ada perasan atau tidak kita telahpun dididik sejak daripada kecil untuk membuka tangan iaitu ketika menadah tangan semasa berdoa. perkara ini baru dikaji oleh pihak barat sedangkan ISLAM telahpun mengamalkan sejak azali lagi..

Dalam berdoa, jangan sesekali kita berputus asa dan mempersoalkan janji-NYA kerana tidak semestinya yang terbaik dipandangan manusia juga terbaik disisi-NYA. Yakinkan janji ALLAH ianya pasti akan ditunaikan cuma bezanya.... cepat atau lambat.
Sesungguhnya ALLAH merindui rintihan hamba-hambanya yang berdoa.

Wednesday, August 6, 2008

aku dan PENCIPTA


kita pohon kekuatan, ALLAH berikan kesulitan,
untuk jadikan kita kuat,

kita pohon keteguahn hati, ALLAH berikan masalah,
untuk kita atasi,

kita pohon keyakinan, ALLAH beri ujian,
untuk kita memantapkan jiwa,

kadangkala kita tak dapat apa yang kita inginkan,
tetapi diberikan apa yang kita perlukan,

kerana keinginan dan keperluan dapat dibezakan,
andai kita BERIMAN

Tuesday, August 5, 2008

salam perkenalan...

insyALLAH. blog ini menjadi medan kita bermuhasabah diri..