Tuesday, August 31, 2010

RAMADHAN : Ibadah versus Adat


Hari ini genap hari ke 20 umat manusia menjalani ibadah puasa untuk Ramadhan kali ini.. Namun, saya terpanggil untuk berkongsi beberapa perkara yang mana rata-rata masyarakat hari ini terlupa tentang hak-hak Ramadhan yang mereka perlu penuhi sehingga mereka tidak dapat membezakan antara IBADAH dan ADAT.

Berikut adalah beberapa contoh yang saya dapat senaraikan berdasarkan pemerhataian saya selama ini.


1) Berpuasa tapi tak Solat


Masyarakat seolah-olah terlupa bahawa Solat itu Tiang Agama. Mereka memandang solat sebagai sesuatu yang enteng dan mengambil ringan tentang perkara-perkara yang melibatkan solat.. Ada orang yang mampu bertahan dari 5.46pagi hingga 7.25malam ( ikut waktu Melaka) untuk berpuasa tetapi tidak mampu mengerjakan solat yang hanya mengambil masa 5 minit setiap waktu. ( 5minit x 5 waktu = 25 minit). Bila ditanya, mereka menjawab.. "Puasa ni lain bang,, mak kita dulu2 kan puasa.. takkan kita tak puasa lak.. solat tak pe.. sepanjang tahun boleh buat.. luar Ramadhan pun boleh sembahyang lagi "



2) Pakaian tak melambangkan orang berpuasa

Mengaku berpuasa tetapi memakai pakaian yang tak melambangkan orang yang berpuasa.

Si lelaki bangga dengan rantai yang dipakai dileher seperti anjing dan berlawan siapa yang lebih 'anjing' dengan memakai rantai yang paling besar sedangkan dalam Islam jelas melarang lelaki berperwatakkan seperti wanita ( seperti memakai rantai)


Si perempuan pula bangga berjalan berpegangan tangan dengan pasangan yang bukan muhrim dan mengenakan pakaian yang mencolok mata seolah-olah mereka berjalan dalam keadaan berbogel. Cuba anda bayangkan, remaja perempuan 23tahun memakai seluar pendek memakai baju t-shirt saiz M.

mereka seolah-olah bangga dengan apa yang mereka lakukan. Part yang menarik adalah... bila ditanya.. "Adakah anda berpuasa??" dengan pantas dia menjayab.. "of cause la.. saya kan ISLAM"


3) Majlis khatam al-quran

Masyrakat sekarang memandang Al-Quran hanya untuk dibaca dan dikhatamkan semata-mata.. bila ditanya "sebab apa baca Al-Quran".. ramai orang akan menjawab "ambil berkat".

Hari ini Al-Quran hanya untuk dibaca dalam Ramadhan, dilekatkan didinding-dinding, untuk halau hantu dan dibaca untuk orang yang telah mati.. Hakikat sebenar Al-Quran diturunkan adalah difahami isi kandungannya dan untuk diaplikasikan didalam kehidupan seharian.. bukan sekadar untuk dibaca.


Lebih teruk lagi, ada sesetengah golongan ( contohnya di MELAKA Darul UMNO ), menganjurkan khatam Al-Quran untuk dipandang gah di mata masyarakat kerana mampu menghimpunkan hampir puluhan ribu manusia untuk duduk bersama-sama khatam alQuran..

Moga- moga ada terdetik dihati mereka... Keredhaan Allah yang dicari sebenarnya..