Sunday, August 2, 2009

ISA!! kenapa di bantah??

Tanggal 1 ogos yang lalu, barisan kepimpinan negara dibawah kepimpinan Najib sekali lagi berdepan dengan satu gerombolan besar rakyat Malaysia yang menunujukkan protes terhadap penyalah gunaan kuasa pemerintah dengan bertopengkan ISA. Antara sebab utama protes tersebut adalah tahanan terpaksa meringkuk didalam penjara tanpa sebarang perbicaraan dalam jangka masa yang terlalu lama dan di seksa dengan siksaaan yang diluar jangkauan rakyat Malaysia. Hal ini yang menjadi penyebab utama rakyat bangkit menunjukkan protes terhadap tindakan pemerintah itu.



Walaupun tindakan kerajaan melalui kementerian yang dipacu Hishamuddin berjanji untuk membuat semakan semula terhadap akta tersebut, semangat rakyat untuk turun berdemo tidak luntur kerana rakyat mahukan MANSUH bukan di kaji semula!!.


Sedikit teori yang kita perlu tahu asas penubuhan ISA dan mengapa ianya tidak lagi releven. Rakyat telah dijanjikan untuk pemansuhan akta DARURAT sebaik sahaja Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional) menang pada pilihanraya umum (srry tahun terlupa) yang mane pada ketika itu akta DARURAT digunakan untuk membendung pergerakkan komunis di Tahah Melayu.
Walaupun akta DARURAT telah dimansuhkan sebaik sahaja keputusan rasmi yang membenarkan kemenangan Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional), dalam masa 24 jam sahaja akta baru dikelurakan oleh kerajaan iaitu ISA. secara kasarnya, 75% kandungan ISA sama seperti yang terkandung didalam akta DARURAT. Maka, samalah ertinya dengan pembohonagan terhadap kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.