Saturday, May 14, 2011

couple?? Jawab sendiri denganNYA

Pedih mata pulak tengok remaja-remaja zaman sekarang ni.. Berkepit sana sini mengalahkan orang dah kawin lagaknya.. Padahal tunang pon belom.

Bila ditegur,,,,
>>>>>; Aik bang, mak bapak saya pon tak marah... Abang lebih-lebih pasal apa?? Kubur kan masing-masing..

Kalau tak disebabkan sabar, dah lama dah budak ni kene debik sekali.. Nasib baik masih ada sifat sabar tu.. Apapun, untuk pesanan semua, Allah dah nukilkan dalam Al-Quran bahawa menghampiri zina (eg; bercouple) itu haram. Terpulang kepada anda untuk mengikutinya atau menidakkannya.


A032
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al-Israa' 17:32)


Jawablah sendiri dengan Allah diakhirat kelak kalu rasa diri dah terlalu kuat untuk menentang arahan dari-NYA.

Bersempena HARI IBU ni...

Pesanan dari CAKNA.. Jadilah IBU yang terbaik didunia dan dia diakhirat. Jangan sampai kita disalahkan oleh anak-anak kita sendiri diakhirat kelak kerana disebabkan DOSA yang kita lakukan sebelum kita mendirikian rumahtangga lagi.

Sesungguhnya perkahwinan itu SUNNAH Nabi, jangan kotori sunah nabi itu dengan muqaddimah yang penuh dosa dan kegelapan.

Ia tidak bertulang, TAPI...

Pepatah mengatakan, lembut lidah tidak bertulang, tetapi kata-katanya menusuk seperti belati. Berhati-hati, jenayah menggunakan lidah tidak akan kita nampak dosanya di hadapan mata, tetapi dosa-dosa ini akan diperlihatkan di kampung akhirat nanti.

Lidah untuk berkata-kata tetapi adakah kita menggunakan lidah untuk meluahkan perkataan yang elok-elok? Sebabnya yang sering berlaku, kita menggunakan lidah untuk berbual kosong, mengumpat, bercakap perkara sia-sia sehingga kadang kala melampaui batas.


Jenayah lidah juga menjadi racun yang mematikan kasih sayang dalam pergaulan sesama insan, menyuburkan benih dendam dan kebencian dalam persaudaraan. Apabila manusia terdedah kepada bahaya fitnah, saling mencela, berprasangka buruk atau menghina secara terang-terangan maka akan rosaklah kehidupan yang asalnya aman dan damai.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud, “Sesungguhnya seorang hamba Allah mengucapkan satu perkataan yang dibenci Allah ia tidak ambil hirau, menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka (jahanam).” (Hadis riwayat Bukhari)

Banyak sekali peringatan mengenai bahaya lidah ini. Dalam bahasa kita, istilah yang kita gunakan adalah mulut jahat. Lidah memang tidak bertulang, mudah berkata tetapi kadang kala percakapan itu menolak seseorang ke jurang neraka.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud, “Tidak ada sesuatu yang menjerumuskan manusia ke dalam api neraka kecuali dosa-dosa percakapan kotor dan jahat.” (Hadis riwayat ahli sunnah dan Ahmad)