Friday, January 30, 2009

WIRA Turki bersuara!!


PM Turki kecam Peres

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan
(gambar 3).


Berikut adalah reaksi PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Kita inginkan pemimpin negara kita sepertinya.. Bukan sekadar jawatan dan pangkat yang dimiliki tetapi KEBERANIAN untuk menegakkan perkra yang benar.

Hari ini kita menduduki 'KERUSI' OIC, namun apa yang kita mampu lakuakn dan apa pendirian kita selaku peneraju OIC terhadap nasib sahabat seISLAM kita di PALESTIN???
adakah sekadar (Ohh.... I..See)..
Sama-samalah kita fikirkan kemampuan pemimpin negara kita sekarang..


TERUSKAN MEMBOIKOT BARANGAN YAHUDI!!!
BOIKOT bukan idea SAMPAH

Thursday, January 29, 2009

BOIKOT bukan idea sampah!!


demonstrasi bersama sahabat2 UTHM




kod 729 ADALAH KOD untuk barangan keluaran ISRAEL.AWAS!!







Minta jasa baik sahabat2 untuk kita sama-sama SERIUS dalam memboikot barangan-barangan yang menyumbang kepada penderitaan sahabat2 seaqidah kita di bumi PALESTINE..
Lakukan sekadar kemampuan kita walaupun sekadar tidak minum secawan air MILO kerana kita tak mampu mengangkat senjata seperti HAMAS untuk menentang ZIONIS laknatullah.

KUASA MEMBELI DI TANGAN ANDA..
Ingat... setiap sen duit yang anda belanjakan akan dihisab diakhirat kelak.

KHAIBAR, KHAIBAR, YA YA HUDD.