Monday, September 15, 2008

LAnskap baru UNtuk MALAYSIA.

Sept16: Perubahan Tanpa Keganasan

Bagi mereka yang cinta kepada keadilan dan juga memperjuangkan keadilan, PDRM merupakan public enemy no wahid. Melihat polis sahaja kadang kadang merasakan sesuatu yang lain. Kerana sikap dan perbuatan sebahagian daripada pegawai polis, pejuang keadilan memusuhi institusi polis tersebut. Adil atau tidak, itulah hasil dari emosi perjuangan yang tinggi.

Tetapi dalam usaha membawa perubahan tanpa keganasan, pejuang pejuang perubahan perlu berubah sikap. Pada masa ini pejuang perubahan perlu berdoa akan ada, malah ramai, dari pegawai polis dan tentera terdiri dari mereka yang mahukan perubahan. Kita mengharapkan pegawai pegawai ini telah muak dengan onar yang telah dilakukan oleh kerajaan yang ada. Kita berdoa agar mereka merupakan orang orang yang bersedia untuk bertindak dengan adil, di tengah tengah ketengahan ke arah perubahan tersebut.

Kita percaya ketegangan yang berlaku atau mungkin berlaku ialah ketegangan yang dibuat buat. Ketegangan ini adalah dibuat oleh satu pihak yang punyai kepentingan. Kepentingan mereka adalah mereka takut kehilangan kuasa. Orang yang telah lama berkuasa, amat takut apabila membayangkan kuasa hilang.

Kuasa hilang bermakna, hilang nya kehormatan, hilangnya peluang membuat banyak keputusan, hilangnya juak juak yg sentiasa dikeliling.

Kerana ketakutan itu, mereka bersedia mengupah dan memberi upah yang mahal kepada mereka yang bersedia dikudakan.

Disinilah kepentingan polis dan tentera amat diperlukan. Mereka perlu menjaga keamanan dengan baik dengan penuh keadilan. Mereka perlu bertindak awal untuk memastikan sebarang keburukan dan onar tidak berlaku. Mereka perlu memadam sebarang api provokasi yang mahu dihidupkan.

Kita percaya, ada kalangan polis dan mungkin pegawai tinggi tentera yang korup. Tetapi kita berdoa agar lebih ramai polis dan pegawai tinggi yang beriman dan mempunyai common sense.

Sekiranya kerajaan baru diterima oleh Yang DiPertuan Agong atau Yang DiPertuan Agong menerima atau mengesahkan pembentukan kerajaan baru, maka itu bermakna pada masa itu Yang Dipertuan Agong telah menerima pembentukan kerajaan baru itu.

Sekiranya pada masa itu, tentera atau polis melawan kerajaan baru tersebut, adakah itu bermakna, mereka telah menentang Yang DiPertuan Agong, yang merupakan Ketua Turus mereka. Dan menjadi kewajipan polis dan tentera untuk berkhidmat kepada kerajaan pada masa itu. Dan kita berdoa agar pegawai pegawai dari polis dan tentera akan mempunyai kelurusan hati untuk bertindak benar pada masa itu.

Sesungguhnya Perubahan Tanpa Keganasan memerlukan pertolongan polis dan tentera untuk memastikan keamaman berkekalan dan tidak ada orang orang yang mengambil kesempatan atau membuat provokasi dalam masyarakat.

Pejuang pejuang perubahan hanya boleh berdoa agar ramai pegawai polis dan tentera yang boleh bertindak dengan adil dak saksama. Kita berdoa agar tidak ada pegawai tentera dan polis yang dibeli dan dipermainkan oleh mereka yang takut kehilangan kuasa dan mereka yang telah membuat banyak onar dinegara Malaysia tercinta ini.

Perubahan yang kita mahu ialah .....

PERUBAHAN TANPA KEGANASAN.



BERSAMA MEMACU ISLAM KETEMPAT SELAYAKNYA..

No comments: