Thursday, November 13, 2008

Anakku SAYANG!

Assalamualaikum kepada semua.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan tindakan Kementerian yang melarang penayangan video bertajuk ‘Sajak Kematian’ yang kecoh diperbincangkan sama ada di media elektronik ataupun didada-dada akhbar..perkara ini timbul apabila terdapat seorang penjaga yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru disekolah anaknya yang menayangkan video ini disekolah.(Mungkin di pelik kot tengok ank dia tiba2 je sembahyang kat rumah,sebab sebelum ni anak dia tak pernah pun sembahyang @ dia tak pernah pun suruh anak dia sembahyang @ dia pun tak pernah sembahyang kt rumah @ memang family dia ni tak pernah sembahyang kat rumah??..confius2)

Apepun..Cuma satu persoalan daripada saya untuk pembaca sekalian..

Adakah tindakan ini wajar??

Mari kita tonton bersama-sama video yang menjadi kontroversi ini untuk anda menilai kesesuaiannya untuk ditonton oleh kanak-kanak.

-

Bagaimana?? Adakah sesuai untuk ditonton oleh anak-anak anda??

Berikut adalah sebahagian keratan akhbar tentang tindakan kerajaan yang menilai tahap sesuatu video itu boleh ditonton oleh kanak-kanak

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Sajak Kematian' tidak sesuai di sekolah

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 11 Nov. - Kementerian Pelajaran tidak bersetuju dengan kaedah penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah-sekolah kerana ia tidak sesuai dengan tahap umur murid-murid yang terlalu muda.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya telah mengarahkan pegawai-pegawai kementerian agar membuat siasatan tentang klip video tersebut.

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat.

"Saya secara peribadi tidak setuju tetapi sebenarnya penolakan (klip video) itu datang daripada ibu bapa sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pertukaran Pelajar ASEAN (ASEP) 2008 di Sekolah Sultan Alam Shah di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai penggunaan klip video 'Sajak Kematian' di sekolah yang antara lain memaparkan babak seksaan sakaratul maut selepas jenazah dikebumikan.

Bagaimanapun timbul persoalan yang dibimbangi akan menjejaskan akidah apabila klip video tersebut memaparkan gambaran tentang perkara yang berlaku di alam ghaib.



Berikut ni pula adalah video yang mengarahkan video tersebut untuk diberhentikan. Ini sebagai bukti bahawa apa yang saya tulis ini adalah fakta dan bukannya ‘auta’.



-


Penayanagan video ini dikatakan boleh mengganggu pembentukkan kanak-kanak dan sangat tidak sesuai untuk umur seusia mereka. Perkara ini sangat bertentangan dengan sunnah Rasullullah yang inginkan umatnya selalu mengigati mati kerana mati itu terlalu hampir.

ADAKAH KITA INGIN MENDIDIK ANAK-ANAK KITA DENGAN ILMU AKHIRAT INI SETELAH UMUR MEREKA CUKUP DEWASA?

Bak kata pepatah. “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Bukan dah jadi buluh baru nak lentur. Patah la buluh tu. Bila anak-anak dah terjebak denagn gejala sosial, berzina, minum arak, berjudi,buang anak, pukul orang, merompak dan sebagainya baru nak ajar tentang ilmu agama…

Emm. Lu pikir la sendiri.. Time tu baru lah mak bapak yang ‘sayangkan’ anak mereka ini nak hantar anak-anak belajar agama. Tak payah!! Nasi dah jadi bubur. Ais dah jadi air!Masa tu baru la nak ingat agama, ingat Tuhan… kalau tak, hari-hari tonton dan dedahkan anak-anak dengan program-program di televisyen yang dikatakan ‘BAIK’ untuk perkembangna otak kanak-kanak.

“Confirm ar..tengok cerita ni nanti anak kita pandai menyanyi, pandai bergaya macam model, pandai bercakap dengan oprang ramai, boleh menari tanpa segan silu, fikiran anak kita lebih terkehadapan, pandai ini dan pandai itu. bagus tu”

Tapi.. tanpa disedari.. program-program ini lah yang mengajar anak-anak mereka..

-pandai membuka aurat didepan orang ramai

-pandai memegang tangan orang bukan muhrim tanpa rasa bersalah

-pandai bersosial dan bergaul lelaki dan perempuan tanpa rasa ia ditegah dalam agama

-pandai meninggalkan waktu soalt kerana sibuk berlatih menyanyi

-lupa baca Quran sebab tak cukup masa nak hafal lirik lagu.

-dan banyak lagi..

Tapi..program-program ini langsung tak mendapat bantahan daripada pihak kerajaan atau mana-mana pihak. Siap boleh disiarkan tiap-tiap minggu lagi..Berikut list program ‘BERMANFAAT lagi SESUAI’ untuk tontonan anak-anak.

-Tom-Tom Bak (Astro Ceria), Idola Kecil (TV9), Macam-macam Aznil (ASTRO), LG mencari bintang, (TV8), One In A Million (TV8), Akademi Fantasia (Astro Ria), Maggie Mencari Bintang (TV9) dan banyak lagi…


Dimana nilai kita ketika waktu itu disisi Allah.Saya tertarik dengan kuliah ustaz Osman yang sempat saya ikuti semalam (Khamis,13.11.08).

“Nilai manusia terlalu rendah disisi ALLAH melainkan orang yang bertakwa. Bayangkan kalau rusa, agak2 dah teruk je (taknak dengar cakap tuan), dah tak boleh guna terus je sembelih. Jual kat pasar RM40/kg. Dapat gak hasil, Tapi kalau manusia,kalau disembelih (sebab dah tak rosak) dan dagingnya dijual dipasar. Jangan katakana RM1/kg, kalau dijual RM0.10/kg pun belum tentu ada orang yang nak beli”.

Wahai anak adam.. ingatlah anda akan ditanya setiap apa yang anda kerjakan. Setiap tindakan kita akan dipaparkan dan dipersoalkan diakhirat kelak. Percaya atau tak terpulang kepada diri masing-masing.

Tepuk dada Tanya IMAN !!

Wednesday, November 12, 2008

PENGGANAS @ Pejuang

Salam perjuangan..




Kalau anda semua masih ingat, tahun 2002 yang lalu, dunia telah digemparkan dengan tragedi pengeboman Bali yang mengorbankan ramai jiwa yang rata-ratanya adalah pelancong luar negara. Pelbagai spekulasi timbul berkaitan kejadian tersebut dan rata-rata penganalisis dunia meletakkan kesalahan tersebut keatas jemaah islam di Indonesia dan mereka terus digelar pengganas.

Baru-baru ini, kita dihangatkan kembali dengan kes ini apabila mahkamah Indonesia membuat keputusan untuk menolak rayuan daripada tiga orang suspek kejadian tersebut yang digelar pengganas iaitu Amrozi, Imam Samudera dan Mukhlas daripada hukuman mati. Walaubagaimanapun, selaku individu yang menggelar diri mereka sebagai JUNDULLAH, tidak sedikitpun terpancul rasa kekesalan diraut wajah mereka dengan tindakan yang mereka lakukan itu. Hal ini kerana mereka yakin dan percaya tindakan tersebut adalah tindakan yang paling sesuai untuk 'suasana' keadaan diBali pada ketika itu.

Mereka juga cukup yakin dengan 'janji daripadaNYA' dan mampu tersenyum ketika hakim membacakan keputusan penolakkan rayuan hukuman tersebut.
so... dimana kita??

Yang menggelarkan diri sebagai pejuang dijalanNYA..
yang menggelarkan diri sebagai penerus mata rantai perjuangan dakwah Rasullullah..

yang menggelarkan diri sebagai pembawa kebenaran dibumi Malaysia
yang menggelarkan diri sebagai agen perubahan kepada masyarakat
dan bermacam-macam lagi gelaran...


Tapi, kita langsung tidak yakin dengan apa yang kita lakukan dan seringkali mempersoalkan significant sesuatu tindakan walaupun perkara tersebut telah ditetapka dan diperbincangkan oleh pihak 'atasan'.
Well.. tepuk dada tanye diri.. adakah kita cukup bersedia dan yakin dengan ape yang kita perjuangkan sekarang?? dimanakah level keyakinan kita??

Bukanlah bermakna mengangkat senjata seperti mereka bertiga tadi barulah layak digelar pejuang sejati... Tapi cukuplah dengan tindakan yang bersesuaian denagn waqi' semasa kita sekarang.
Bukannya beramai-ramai 'mengangkat kaki' meninggalkan perjuangan ini dan menuding jari kesana dan kesini mencari kesalahan orang lain.

Bersama-sama ini saya titipkan coretan-coretan terakhir pejuang-pejuang tadi sebelum mereka dijatuhkan hukuman mati (ditembak dijantung)..
Moga menjadi enzim penaik dan pembakar semangat untuk kita semua.

Al-fatihah untuk ketiga-tiga pejuang ini agar usaha mereka mendapat keredhaan daripadaNYA dan roh2 mereka tergolong dalam golongan para syuhada.

AL_FATIHAH..




p/s : klik pada gambar tersebut untuk membaca apa yang diwasiatkan oleh mereka..



BERPRINSIP JANGAN JUMUD, BERTAJDID JANGAN MENGARUT..

Friday, November 7, 2008

TERBARU tntg OBAMA!!!

ASSALAMUALAIKUM. .

SAYA SEBENARNYA TERTARIK DENGAN PRESIDEN AMERIKA YANG BARU.

CUMA TERDAPAT BEBERAPA MAKLUMAT YANG BOLEH MENYEBABKAN KITA BERFIKIR SIAPA OBAMA SEBENARNYA.

PERTAMA
TERKINI BERITA YANG MENYEBUT OBAMA TELAH MEMILIH
Anggota Dewan Perundangan Demokrat dari Illinois, Rahm Emanuel, migran dari Israel yang merupakan seorang Yahudi Amerika telah menerima tawaran Barack Obama yang baru dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk berkhidmat sebagai Ketua Staf di White House.
BERITA LANJUT DI WWW1.MSTAR.COM. MY.

KEDUA

BERITA KEDUA

Hati-hati..Barack Obama boneka Israel !





Hati-hati..Barrack Obama boneka Israel !


Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?




Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).




Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Obama sedang melakukan ritual Yahudi.



Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel.

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik sini

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?


Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempen Presiden



Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008. Klik sini

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Klik di sini

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama.

Berhati-hatilah kita...


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, November 5, 2008

DUNIA dambakan PERUBAHAN..

Barack Obama dalam ucapannya sejurus selepas memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat malam tadi memberitahu penyokongnya bahawa

"detik perubahan sudah tiba di Amerika"

Barack Obama, hari ini memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus Carmencita sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.

Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House.

Kemenangan Obama bukan sahaja disambut gembira oleh seluruh keluarganya, penyokong Parti Demokrat dan rakyat AS, malahan seluruh dunia yang mahu melihat reformasi yang diutarakan oleh Senator Illinois itu akan membawa perubahan termasuk kepada AS, yang kini mengalami kegawatan ekonomi tetapi juga kepada geopolitik dunia.

Obama bukan sahaja menjanjikan pembaharuan dan perubahan bagi rakyatnya, tetapi juga berjanji untuk mengubah imej AS yang kini terjejas teruk di mata dunia akibat tindak-tanduk kerajaan di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush selama lapan tahun sejak 2000.

Dalam ucapan sulungnya sejurus selepas diumumkan sebagai pemenang lewat tengah malam tadi di Grant Park, Chicago bandar kediamannya, Obama menyeru seluruh rakyat AS bersatu dan bersedia menyahut cabaran untuk membawa perubahan kepada AS.