Sunday, August 15, 2010

SURE HEBOH di MELAKA 2010

Semingu berlalu.. Terkenang saat itu...

Tepat jam 9.46malam, sampai juga kaki ini ditempat yang ingin dituju untuk meluangkan sedikit masa bersama kawan-kawan meninjau lagak dan kerenah anak-anak muda keturunan pahlawan melayu yang berduyun-duyun mengerumuni Stadium Hang Jebat di Krubong Melaka. Kebanjiran tenaga muda ini tak ubah seperti rakusnya Sang Langau bila terhidu bau si bangkai.


Jumlah atau bilangan mereka yang tidak dapat lagi dihitung cukup menggambarkan betapa daharganya anak-anak muda ini terhadap hiburan. Kelibat mereka jelas kelihatan di setiap sudut seolah-olah orang ramai yang keluar beramai-ramai untuk melihat turunnya makhluk asing dari angkasaraya.. Sungguh dahsyat..

Melaka yang dulunya cukup dikenali sebagai pusat penyebaran Islam yang termasyhur di dunia, kini bertukar sama sekali..


Mungkin segelintir daripada anda akan mengatakan…

”Ala… bukan Melaka je ada Jom Heboh... negeri lain pun ada gak…


Tepat sekali…


Tahniah kepada anda kerana menggunakan nikmat mata yang Allah kurniakan untuk melihat perkembanagn bakal-bakal pemimpin Malaysia yang cuba dilahirkan kerajaan mengikut acuan yang mereka sediakan ini yang mana bukan sahaja Melaka.. bahkan diseluruh Malaysia

Hanya melakukan sedikit ‘rebranding’ dengan menukar nama lama kepada nama baru….

Program yang dulunya diharamkan itu…kini diterima kembali .. . kalau hendak dibandingkan yang lama dengan yang baru,,, pada pemikiranku.... langsung tiada bedanya...

Malah lebih teruk lagi adalah...

Tapi..........

mana perginya semangat kelompok yang memperjuangkan sehingga majlis fatwa mengeluarkan fatwa ‚HARAM???


Adakah mereka telah berpuas hati dengan berubahnya perkataan SURE HEBOH kepada JOM HEBOH???


Adakah mereka juga telah terjebak?

Atau mereka sekadar berkokok bilamana “ Nasi sudah menjadi bubur’’


Tak tahulah..

’Hanya Jauhari yang mengenal manikam’


Sedang leka berjalan-jalan memantau telatah manusia yang rata-rata meletakkan agama dirumah masing-masing, Tiba-tiba seorang kawanku bertanya...

“Kalau kau ada anak...nak tak kau bawak pergi sini?’’


Tergamam seketika...


Beberapa saat kemudian... Dengan tegas aku mengatakan..

TIDAK!!...

Kenapa???


Kerana aku tak nak pewarisku nanti terpengaruh dengan suasana persekitaran yang rata-rata tak ubah seperti manusia tak beragama...

Kenapa aku berkata demikian??


Kerana sebilanagn besar daripada mereka malu untuk membawa imej ISLAM.

Lebih berbangga memakai tanduk bewarna merah untuk dilihat seperti SYAITAN,,

Lebih berbangga si lelaki memakai rantai yang besar umpama haiwan bergelar ANJING,,

Lebih berbangga berperwatakkan seperti perempuan walau nalurinya lelaki untuk dilihat seperti NYAH,,

Lebih berbangga bila berjalan berpegangan tangan walaupun bukan muhrim walau mengetahui ia HARAM disisi agama,


Si bapak berbagga anaknya berpakaian menunjukkan bentuk tubuh untuk tontonan umum seolah-olah si penjual buah yang sibuk memperagakan buahnya untuk dijual kepada orang ramai

dan banyak lagi.......

Aku tak nak anakku nanti menyalahkanku dan memaki kepadaku suatu hari nanti kerana memberi pendedahan yang tak sewajarnya kepada mereka sewaktu mereka kecil..

Tidak dinafikan terdapat beberapa program yang cuba digunakan untuk menutup keburukkan yang jauh lebih besar seperti Program Al-Kuliyyah. Namun, fungsi program ini tak ubah seperti sehelai kertas A4 yang cuba menutupi seekor bangkai gajah...


Keburukkannya pasti teserlah....


Baru-baru ini... Satu ribut kuat melanda Jasin yang mengorbankan 3 nyawa.. Untuk pengetahuan semua... Jasin adalah daerah yang dicadangkan oleh pemerintah negeri untuk membina SEKOLAH MENGANDUNG SATU MALAYSIA..

Adakah ianya ada kaitan????


Wallahua'lam.


Perasaan sedih tiba-tiba muncul mengenangkan nasib-nasib mereka ini dihari muka..

Adakah masalah ini 100% berpunca dari mereka sendiri??

Atau memang mereka dibentangkan dengan hedonisme berbanding dengan program-program ketuhanan??


Yang lebih penting untuk difikirkan....


Adakah anak-anak yang mereka bakal lahirkan nanti boleh menjadi lebih baik dari mereka??... kemungkinan untuk berlaku pasti ada tapi keputusannya lebih kepada

TIDAK..

Kerana orang kata....


“Bila bapak kencing berdiri, pasti anak kencing berlari’’


Ataupun mereka ini memang lahir dari kelaurga yang sedemikian rupa??


Allahu Akhbar...


Aku terus mengucapkan syukur kehadrat Rabbul Jalil kerana aku tidak tergolong seperti mereka.

Mungkin inilah bakal-bakal peneraju negara yang ditunggu-tunggu oleh pihak kerajaan yang selama ini terlalu phobia dengan remaja yang dilihat

ISLAMIK kerana jauh dibenak fikiran mereka golongan ini adalah golongan

EKSTREM!!!...


“Apa yang anda tanam,,, itulah yang anda tuai...’’


Cuma yang perlu diambil peringatan,,,, jika Allah ingin menurunkan bala terhadap sesuatu tempat@kaum.... Allah tidak akan memilih.... Samada terlibat atau tidak.. Semuanya akan merasa.. Oleh itu...


Ayuh TENTERA MELAKA..


Tingkatkan usaha moga kita dapat menyediakan bekalan bila di tanya oleh-NYA diakhirat kelak..


Thursday, August 12, 2010

Salam RAMADHAN AL_MUBARAKH..

Ahlan Wasahlan ya RAMADHAN...

Bulan yang dinanti kembali lagi,,..
Kedatangannya setahun hanya sekali,
bakal membawa seribu satu erti
bagi mereka yang tahu menghargai,
Apa yang dikurniakan ILAHI yang mana ia adalah bulan terbaik untuk menyucikan diri,
Membersihkan diri dari segala kekotoran yang pernah dilakukan samada dari segi luaran ataupun didalam hati...

Namun..

Segalanya menjadi rugi,
Andai ia dibiarkan berlalu pergi,
Tanpa sebarang perubahan didalam diri,
Tanpa sebarang anjakan kepada yang lebih baik

Terfikir sejenak..

Sewaktu ku melangkah ke bazar tatkala menanti waktu berbuka tadi,
Sungguh ramai manusia yang mengaku berpuasa berbondong-bondong mengerumuni,
Sibuk ke bazar memilih juadah tanpa menyedari,
Rupanya diri masih dibelenggu dosa yang teramat banyak sekali....


Ada yang sibuk dengan jualan sehingga Asarnya dibiarkan berlalu pergi,
Ada yang ke bazar semata-mata menyuci mata melihat perkara yang sememangnya HARAM sejak azali,
Ada yang sibuk memperagakan tubuh untuk orang lain menikmati,
Ada yang berbangga dengan rantai dileher umpama anjing walaupun Islam sendiri menghalang lelaki begni,

Namun..

Itulah realiti masyarakat ISLAM pada hari ini,,,
Memandang RAMADHAN dan PUASA..
Tidak lebih daripada amalan warisan..
Semuanya seolah-olah hanya adat yang patut dituruti..
Sejak dahulu sehingga kini..
Menahan lapar dari pagi ke dinihari,
Tanpa mendapat sebarang ganjaran dari ILAHI..


Ya ALLAH,

Moga KAU golongkan ku didalam golongan yang mendapat rahmat-MU,
Moga RAMADHAN kali ini adalah RAMADHAN yang terbaik untuk ku...


Amin...
Amin... Ya.. Rabbal Alamin....

Kerna,

Hanya yang sedar sahaja tahu betapa RAMADHAN itu sangat beerti..
Buat hamba-hambaMU yang dhaif ini,,

Saturday, August 7, 2010

Monday, August 2, 2010

Terbatasnya kita.

Seorang anak yang merintih kesakitan mula menampakkan bibit-bibit keceriaan apabila melihatkan ibu yang tersayang datang mendekat dengan harapan akan si ibu akan mencurahkan kasih sayang kepada si anak.. Dengan tak semena-mena, si anak menjerit dengan lantangnya…


‘Ibu Jahat… ibu jahat’.. Agak-agak anda kenapa?


Kerana kehadiran si ibu tadi yang selama ini menjadi tempat mengadu telah memaksa si anak menelan ubat yang cukup pahit bagi tekak si anak. Walaupun si anak meronta meminta dilepaskan, si ibu tetap memaksa si anak menelan ubat yang pahit tadi.



Adakah si ibu tadi benar-benar kejam dan jahat sehingga tegar melihat anaknya yang sakit tadi merintih kesedihan dek kerna ubat yang terpaksa ditelan ?

Saya cukup yakin dan percaya, bahawa jawapan kita serupa.


Si ibu bukan bertujuan menyakiti si anak tetapi si ibu bertungkus-lumus memberi yang terbaik kepada si anak untuk menyembuhkannya kerana si ibu lebih mengerti daripada si anak yang masih kecil. Kemampuan berfikir masih cetek sehingga si anak belum mampu memahami hakikat sebenar dari tindakan si ibu sehingga

kebaikkan dilihat sebagai keburukkan.


Kelak setelah si anak meningkat dewasa, pasti dan pasti si anak akan menyedari bahawa segala perbuatan ibunya yang dulunya dianggap ‘jahat’ akan diterima dengan penuh kesyukuran kerana berkemungkinan si anak tidak dapat melihat dunia sehingga ke hari ini sekiranya si ibu tidak memaksanya menelan ubat yang pahit tadi..

Kerana, perlu diingat bahawa

kebaikkan kadangkala terasa amat menyakitkan.


Ingatlah perkara ini baik-baik dan muhasabah kembali diri kita.

Hitunglah keluhan-keluhan serta nada-nada bantahan yang pernah kita ungkapkan terhadap-Nya tatkala Allah menguji kita.

Tidakah kita akan dilihat seperti seorang anak kecil?

Tidakkah kita malu dengan keadaan yang seperti ini?

Yang hanya tahu mengeluh tanpa terdetik sedikit pun rasa untuk bersyukur.


Ingatlah,

Allah itu Maha Mengetahui dan pengetahuan-Nya sangat meluas dan sebagai seorang hamba kita perlulah sentiasa bersangka baik terhadap setiap ujian yang di’anugerahkan’ Allah kepada kita.


Apa yang pasti,

kedudukan Allah terhadap hambanya seperti kita adalah jauh lebih mulia dari kedudukan seorang ibu kepada seorang anak.