Monday, August 2, 2010

Terbatasnya kita.

Seorang anak yang merintih kesakitan mula menampakkan bibit-bibit keceriaan apabila melihatkan ibu yang tersayang datang mendekat dengan harapan akan si ibu akan mencurahkan kasih sayang kepada si anak.. Dengan tak semena-mena, si anak menjerit dengan lantangnya…


‘Ibu Jahat… ibu jahat’.. Agak-agak anda kenapa?


Kerana kehadiran si ibu tadi yang selama ini menjadi tempat mengadu telah memaksa si anak menelan ubat yang cukup pahit bagi tekak si anak. Walaupun si anak meronta meminta dilepaskan, si ibu tetap memaksa si anak menelan ubat yang pahit tadi.



Adakah si ibu tadi benar-benar kejam dan jahat sehingga tegar melihat anaknya yang sakit tadi merintih kesedihan dek kerna ubat yang terpaksa ditelan ?

Saya cukup yakin dan percaya, bahawa jawapan kita serupa.


Si ibu bukan bertujuan menyakiti si anak tetapi si ibu bertungkus-lumus memberi yang terbaik kepada si anak untuk menyembuhkannya kerana si ibu lebih mengerti daripada si anak yang masih kecil. Kemampuan berfikir masih cetek sehingga si anak belum mampu memahami hakikat sebenar dari tindakan si ibu sehingga

kebaikkan dilihat sebagai keburukkan.


Kelak setelah si anak meningkat dewasa, pasti dan pasti si anak akan menyedari bahawa segala perbuatan ibunya yang dulunya dianggap ‘jahat’ akan diterima dengan penuh kesyukuran kerana berkemungkinan si anak tidak dapat melihat dunia sehingga ke hari ini sekiranya si ibu tidak memaksanya menelan ubat yang pahit tadi..

Kerana, perlu diingat bahawa

kebaikkan kadangkala terasa amat menyakitkan.


Ingatlah perkara ini baik-baik dan muhasabah kembali diri kita.

Hitunglah keluhan-keluhan serta nada-nada bantahan yang pernah kita ungkapkan terhadap-Nya tatkala Allah menguji kita.

Tidakah kita akan dilihat seperti seorang anak kecil?

Tidakkah kita malu dengan keadaan yang seperti ini?

Yang hanya tahu mengeluh tanpa terdetik sedikit pun rasa untuk bersyukur.


Ingatlah,

Allah itu Maha Mengetahui dan pengetahuan-Nya sangat meluas dan sebagai seorang hamba kita perlulah sentiasa bersangka baik terhadap setiap ujian yang di’anugerahkan’ Allah kepada kita.


Apa yang pasti,

kedudukan Allah terhadap hambanya seperti kita adalah jauh lebih mulia dari kedudukan seorang ibu kepada seorang anak.

No comments: