Thursday, October 22, 2009

Renungan bersama.

Berikut adalah sedikit potongan daripada artikel panjang mengenai pemergian Nabi Kesayangan kita Muhammad..
Moga dapat dijadikan renungan.




Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."



Adakah kita kebih mulia daripada Baginda??
Adakah amalan kita lebih banyak daripada Baginda??
Adakah kita telah di jamin kesyurga seperti Baginda??

Cuba bayangkan bagaimana pula keadaan kita ketika melalui sakaratul maut kelak.

Moga Allah permudahkan segala urusan dan golongkan kita bersama penghuni-penghuni syurga..
Amin

No comments: