Tuesday, February 24, 2009

Bukan kempen BIASA!!


SHAHRIR (tengah) bersama Sullivan (kiri) dan Jelaing menunjukkan produk Milo selepas pelancaran 'Kempen Penurunan Harga' Nestle di Petaling Jaya, Selangor, semalam.


“Kebiasaannya, setiap tahun kami memperuntukkan perbelanjaan modal antara RM90 hingga RM100 juta tetapi kebelakangan ini ia meningkat kerana komitmen kami untuk meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan produk baru yang lebih berkualiti kepada pengguna,” katanya pada pelancaran ‘Kempen Penurunan Harga’ Nestle di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Kempen itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad. Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jelaing Anak Mersat.

Menerusi kempen penurunan harga itu, Nestle menawarkan potongan harga antara 6.4 peratus hingga 8.6 peratus untuk produk Milo dan promosi ‘bonus pack’ untuk minuman Milo UHT.

-------------------------------------------------------------------------------------

Keratan akhbar ini saya ambil dari Berita Harian 24FEB di bahagian ekonomi. Pertama sekali apabila anda membaca akhbar ini ape yang anda fikirkan?? adakah ia benar2 sekadar kempen biasa oleh mane-mane kilang?

Pada saya, TIDAK sama sekali. Ini adalah kempen yang diadakan untuk menarik kembali pelanggan2 mereka yang semakin berkurangan. Perkara ini menunjukkan bahawa kesan kempen BOIKOT yang dijalankan oleh umat Islam telahpun membuahkan hasil dan sedikit sebanyak telah menggetarkan syarikat2 yang terlibat termasuklah NESTLE!!..
Sebelum ini kita mendengar tentang penurunan mendadak jualan barangan McDonald dan isu produk tenusu Dutchlady dimana pemilik syarikat tersebut meminta maaf terhadap penganut agama Islam berkaitan tersebarnya isu filem pendek FITNA yang dibuat oleh rakyat Belanda..

Jadi, ape tindakan kita??
teruskan usaha anda untuk memBOIKOT barangan2 yang menyumbang kepada ISRAEL.
INGAT!!
setiap sen yang anda belanjakan akan DISOAL kelak!

Jadilah seperti burung yang cuba memadamkan api yang membakar jasad Nabi Ibrahim hanya menggunakan paruhnya untuk mengangkat air. Apabila ditanya, tidakkah kerja kau ini sia-sia?.. Namun jawab si burung, TIDAK!! kerana sekurang-kurangnya aku ada usaha dan bukti untuk aku tunjukkan kepada Allah apabila aku ditanya diakhirat kelak..

TERUSKAN MEMBOIKOT!!!
Boikot bukan idea sampah!!

Keputusan ditangan anda dan anda mampu mengubahnya

No comments: