Wednesday, October 8, 2008

Siapa lebih kalut sebenarnya ????..



Minyak susut di bawah AS$87 setong

SINGAPURA 8 Okt. - Harga minyak mentah dunia jatuh di bawah paras AS$87 (RM303.63) setong hari ini di Asia ekoran kebimbangan pelabur terhadap krisis kredit bermula di Amerika Syarikat (AS) akan menyebabkan kelembapan ekonomi global dan menjejaskan permintaan terhadap minyak mentah.

Minyak mentah berkualiti tinggi Light Sweet untuk penghantaran November jatuh AS$3.26 (RM11.34) kepada AS$86.80 (RM302.06) di New York Mercantile Exchange pada dagangan tengah hari di Singapura.

Semalam harga minyak meningkat AS$2.25 (RM7.83) untuk berada pada paras AS$90.06 (RM313.40). (boleh baca di utusan malaysia edisi khamis untuk maklumat lanjut)


MINYAK oh MINYAK!!!


Tindakan kerajaan yang menaikkan harga minyak dengan terlalu mendadak tempoh hari telah menyebabkan ' culture shock ' kepada seluruh rakyat Malaysia.. Kebimbangan kerajaan menaggung kos bahan bakar yang tinggi itu telah menyebabkan rakyat menjadi mangsa keadaan.. Harga petrol telah dinaikkan secara mendadak sehingga mencecah RM 2.70 seliter.

keadaan ini telah menaikkan kemrahan rakyat khususnya golongan pertengahan. Golongan yang paling teruk menerima kesan kenaikkan ini adalah golongan bawahan.. hal ini kerana, sebaik sahaja kenaikkan harga minyak diumumkan, senua pembekal, peruncit, d an pengeluar menaikkan harga barangan dipasaran.

Walaubagaimanapun, rakyat diberikan "panadol" untuk mengawal kemarahan ini iaitu dengan memberikan rebat sebanyak RM150 untuk motosikal dan Rm625 untuk kereta. Adakah nilai ini cukup??? hanya jauhari mengenal manikam.

Manifesto Anwar untuk menurunkan harga minyak telah diperlekehkan dan ditertawakan.

Tetapi, rakyat menerima khabar gembira apbila harga petrol turun kepada RM2.55 seliter iaitu turun 15 sen drp harga sebenar.. hal ini kerana pasaran minyak dunia telahpun menurun.. tapi kenape 15 sen jer???

sekali lagi... pemerinthan tertinggi Malaysia memberikan duit raya kepada rakyat dengan menurunkan lagi harga minyak sebanyak 10sen kepada RM2.45. Tetapi nilai ini sekali lagi dipersoalkan. kenape turun 10 sen jer???

Alasan yang diberikan adalah>>>>>........ REBET kan dah bagi..

Sekarang !!! harga minyak dunia turun lagi..... mungkin harga minyak di Malaysia juga akan turun. TAPI.....


sedar atau tidak.... HARGA BARANGAN RUNCIT di kedai2 kecil jarang sekali turun. kalu naik cukup senang.. tapi kalau turun...... MINTA MAAF..


so... saper mangsa keadaan???

Fikir-fikirkan... siapa yang kalut sebenarnya... rakyat atau pemerintah?? pemberian REBET?? adakah semua golongan bawahan mampu memiliki kenderaan untuk dapatkan REBET?



No comments: