
Tidak berapa lama dahulu, hidup seekor singa betina bersama sepasang anak kembarnya di sebuah belukar jauh diselatan sebuah negara di Asia Tenggara. Kehidupan yang aman dan damai itu tiba-tiba tersentak dan diragut dengan kematian singa betina tadi ditangan seorang pemburu yang tidak berperi kemaknusiaan. Kesempitan hidup dengan umur yang masih mentah menyebabkan kembar anak singa tadi terpaksa merantau meninggalkan kampung halaman mereka.
Pemergian ibu tersayang terlalu cepat tanpa sempat anak-anak singa tadi belajar sepenuhnya cara untuk meneruskan hidup di dunia yang penuh dengan cabaran ini.
Perantauan kembar singa tadi diteruskan hari demi hari, minggu demi minggu
sehinggalah mereka sampai disebuah padang hijau yang sungguh lapang.. Disitu tinggal sekawan kambing yang sangat besar bilangannya.. Tanpa banyak bertanya , kembar anak singa tadi terus masuk kedalam kawanan kambing tadi. Disebabkan saiz anak-anak singa yang masih kecil, tiada seekor kambing pun yang bertempiaran lari dengan kedatangan ahli baru dalam kawanan mereka.
Anak-anak singa tadi hidup denagan amannya didalam lautan kambing-kambing yang banyak ditengah-tengah padang hijau tersebut..mereka hidup aman, damai dan haroni tanpa sebarang gangguan...
Sehinggalah suatu saat, dimana munculnya seekor singa jantan dewasa yang khusyuk memerhatikan kawanan kambing tadi..Walaubagaimanapun.. jelingan singa jantan itu tiba-tiba tersentak dan terpaku dek kerana melihatkan dua ekor anak singa turut serta didalam kawanan kambing tersebut.
Dengan nada yang marah.... Singa jantan itu memanggil kedua-dua anak singa tersebut dan membawanya ke sebatang anak sungai yang terletak tidak jauh daripada padang hijau tersebut.. Maka berlakulah perbualan antara mereka bertiga digigi sungai tersebut <
Singa jantan : cube korang tengok dalam sungai tu.. korang ni ape??
anak singa 1 : singa..
singa jantan : Betul ke korang singa??? cube tengok betul2? sapa korang??
anak singa 2: Betul la... kami ni singa..x syak lagi.
singa jantan : hah!! tau pun singa...habis tu buat ape duduk dengan kambing????
<dengan nada yang marah ..singa jantan tadi terus menyentak.>
singa jantan :tau tak kambing tu ape??? MAKANAN!!!! bukan KAWAN !!
kedua-dua anak singa tadi terus terdiam tanpa bicara
Untuk pengetahuan para pembaca, perkara yang paling tidak dapat diterima oleh singa jantan itu ialah apabila melihat anak-anak singa tadi sama-sama turut serta meragut rumput seperti si kambing-kambing tadi tanpa segan silu sedangkan makanan sebenar mereka adalah KAMBING itu sendiri..
Moral of the story....
Kita sebagai seorang manusia kadang-kadang terlupa dengan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan keatas kita.WE ARE KHALIFAH OF ALLAH!!..keep in mind !
Seperti anak singa tadi, apabila ditanya siapakah kau?? mereka sedar bahawa mereka adalah singa..tetapi tidak menjalankan tugas seperti seekor SINGA. Sebenarnya kita lebih teruk daripada itu..
Kita mengaku sebagai seorang muslim..Tetapi........ sejauh mana kita dapat mengamalkan keperibadian Islam dan mempraktikkannya didalam kehidupan seharian kita???.
Kita mengaku Muslim apabila ditanya, tetapi sifat dalaman dan luaran kita langsung tidak menggambarkan seperti seseorang yang layak digelar MUSLIM SEJATI..
Hanya mengamalkan Islam dan menggunakan acuan Islam dalam perkara yang memberi keuntungan kepada kita sahaja..Dalam hal-hal lain???
Ingat tugas kita diciptakan..Kita bukan pelopor, juga bukan penamat, tapi kita adalah penyambung tugas dakwah ini bagi memastikan ISLAM akan terus bersinar di bumi ALLAH ini.
Berpeganglah dengan janji ALLAH.
"tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU"
Seperti anak singa yang meragut rumput tadi, seboleh-bolehnya kita yang akan merubah suasana bukannya kita terubah dengan suasana.. Perlu ingat satu perkara.. walau dimana kita berada,
" I'M PROUD TO BE A MUSLIM, BECAUSE I'M DUTA OF ISLAM "
No comments:
Post a Comment