Thursday, August 12, 2010
Salam RAMADHAN AL_MUBARAKH..
Bulan yang dinanti kembali lagi,,..
Kedatangannya setahun hanya sekali,
bakal membawa seribu satu erti
bagi mereka yang tahu menghargai,
Apa yang dikurniakan ILAHI yang mana ia adalah bulan terbaik untuk menyucikan diri,
Membersihkan diri dari segala kekotoran yang pernah dilakukan samada dari segi luaran ataupun didalam hati...
Namun..
Segalanya menjadi rugi,
Andai ia dibiarkan berlalu pergi,
Tanpa sebarang perubahan didalam diri,
Tanpa sebarang anjakan kepada yang lebih baik
Terfikir sejenak..
Sewaktu ku melangkah ke bazar tatkala menanti waktu berbuka tadi,
Sungguh ramai manusia yang mengaku berpuasa berbondong-bondong mengerumuni,
Sibuk ke bazar memilih juadah tanpa menyedari,
Rupanya diri masih dibelenggu dosa yang teramat banyak sekali....
Ada yang sibuk dengan jualan sehingga Asarnya dibiarkan berlalu pergi,
Ada yang ke bazar semata-mata menyuci mata melihat perkara yang sememangnya HARAM sejak azali,
Ada yang sibuk memperagakan tubuh untuk orang lain menikmati,
Ada yang berbangga dengan rantai dileher umpama anjing walaupun Islam sendiri menghalang lelaki begni,
Namun..
Itulah realiti masyarakat ISLAM pada hari ini,,,
Memandang RAMADHAN dan PUASA..
Tidak lebih daripada amalan warisan..
Semuanya seolah-olah hanya adat yang patut dituruti..
Sejak dahulu sehingga kini..
Menahan lapar dari pagi ke dinihari,
Tanpa mendapat sebarang ganjaran dari ILAHI..
Ya ALLAH,
Moga KAU golongkan ku didalam golongan yang mendapat rahmat-MU,
Moga RAMADHAN kali ini adalah RAMADHAN yang terbaik untuk ku...
Amin...
Amin... Ya.. Rabbal Alamin....
Kerna,
Hanya yang sedar sahaja tahu betapa RAMADHAN itu sangat beerti..
Buat hamba-hambaMU yang dhaif ini,,
Saturday, August 7, 2010
Monday, August 2, 2010
Terbatasnya kita.
Seorang anak yang merintih kesakitan mula menampakkan bibit-bibit keceriaan apabila melihatkan ibu yang tersayang datang mendekat dengan harapan akan si ibu akan mencurahkan kasih sayang kepada si anak.. Dengan tak semena-mena, si anak menjerit dengan lantangnya…
‘Ibu Jahat… ibu jahat’.. Agak-agak anda kenapa?
Kerana kehadiran si ibu tadi yang selama ini menjadi tempat mengadu telah memaksa si anak menelan ubat yang cukup pahit bagi tekak si anak. Walaupun si anak meronta meminta dilepaskan, si ibu tetap memaksa si anak menelan ubat yang pahit tadi.

Adakah si ibu tadi benar-benar kejam dan jahat sehingga tegar melihat anaknya yang sakit tadi merintih kesedihan dek kerna ubat yang terpaksa ditelan ?
Saya cukup yakin dan percaya, bahawa jawapan kita serupa.
Si ibu bukan bertujuan menyakiti si anak tetapi si ibu bertungkus-lumus memberi yang terbaik kepada si anak untuk menyembuhkannya kerana si ibu lebih mengerti daripada si anak yang masih kecil. Kemampuan berfikir masih cetek sehingga si anak belum mampu memahami hakikat sebenar dari tindakan si ibu sehingga
kebaikkan dilihat sebagai keburukkan.
Kelak setelah si anak meningkat dewasa, pasti dan pasti si anak akan menyedari bahawa segala perbuatan ibunya yang dulunya dianggap ‘jahat’ akan diterima dengan penuh kesyukuran kerana berkemungkinan si anak tidak dapat melihat dunia sehingga ke hari ini sekiranya si ibu tidak memaksanya menelan ubat yang pahit tadi..
Kerana, perlu diingat bahawa
kebaikkan kadangkala terasa amat menyakitkan.
Ingatlah perkara ini baik-baik dan muhasabah kembali diri kita.
Hitunglah keluhan-keluhan serta nada-nada bantahan yang pernah kita ungkapkan terhadap-Nya tatkala Allah menguji kita.
Tidakah kita akan dilihat seperti seorang anak kecil?
Tidakkah kita malu dengan keadaan yang seperti ini?
Yang hanya tahu mengeluh tanpa terdetik sedikit pun rasa untuk bersyukur.
Ingatlah,
Allah itu Maha Mengetahui dan pengetahuan-Nya sangat meluas dan sebagai seorang hamba kita perlulah sentiasa bersangka baik terhadap setiap ujian yang di’anugerahkan’ Allah kepada kita.
Apa yang pasti,
kedudukan Allah terhadap hambanya seperti kita adalah jauh lebih mulia dari kedudukan seorang ibu kepada seorang anak.
Thursday, July 29, 2010
RENUNGAN BUAT ADAM..
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi
tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku
adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam... .pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang
akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau
pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...
