Showing posts with label Renungan.. Show all posts
Showing posts with label Renungan.. Show all posts

Monday, October 18, 2010

KAU yang terbaik.dalam mencatur segalanya


Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah. Cuba perhatikan kisah yang cuba disampaikan ini.

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan keretanya



Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi.


"Apa ni ?
Siapa awak ?
dan apa ke jadahnya awak berada disini ?

Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ?
Awak tau tak ?
Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu.

Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila sayapanggil".Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.

"Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh takPakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali kekerusi roda.

Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.Tak dapat digambarkan dengan perkataan,

Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki.

Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Sesungguhnya Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan,
Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan,
menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yangsebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Kerana segalanya hanyalah pinjaman semata-mata dan ALLAH adalah pemilik yang kekal abadi dan DIA adalah pencatur yang terbaik berbanding segalanya.

Thursday, August 12, 2010

Salam RAMADHAN AL_MUBARAKH..

Ahlan Wasahlan ya RAMADHAN...

Bulan yang dinanti kembali lagi,,..
Kedatangannya setahun hanya sekali,
bakal membawa seribu satu erti
bagi mereka yang tahu menghargai,
Apa yang dikurniakan ILAHI yang mana ia adalah bulan terbaik untuk menyucikan diri,
Membersihkan diri dari segala kekotoran yang pernah dilakukan samada dari segi luaran ataupun didalam hati...

Namun..

Segalanya menjadi rugi,
Andai ia dibiarkan berlalu pergi,
Tanpa sebarang perubahan didalam diri,
Tanpa sebarang anjakan kepada yang lebih baik

Terfikir sejenak..

Sewaktu ku melangkah ke bazar tatkala menanti waktu berbuka tadi,
Sungguh ramai manusia yang mengaku berpuasa berbondong-bondong mengerumuni,
Sibuk ke bazar memilih juadah tanpa menyedari,
Rupanya diri masih dibelenggu dosa yang teramat banyak sekali....


Ada yang sibuk dengan jualan sehingga Asarnya dibiarkan berlalu pergi,
Ada yang ke bazar semata-mata menyuci mata melihat perkara yang sememangnya HARAM sejak azali,
Ada yang sibuk memperagakan tubuh untuk orang lain menikmati,
Ada yang berbangga dengan rantai dileher umpama anjing walaupun Islam sendiri menghalang lelaki begni,

Namun..

Itulah realiti masyarakat ISLAM pada hari ini,,,
Memandang RAMADHAN dan PUASA..
Tidak lebih daripada amalan warisan..
Semuanya seolah-olah hanya adat yang patut dituruti..
Sejak dahulu sehingga kini..
Menahan lapar dari pagi ke dinihari,
Tanpa mendapat sebarang ganjaran dari ILAHI..


Ya ALLAH,

Moga KAU golongkan ku didalam golongan yang mendapat rahmat-MU,
Moga RAMADHAN kali ini adalah RAMADHAN yang terbaik untuk ku...


Amin...
Amin... Ya.. Rabbal Alamin....

Kerna,

Hanya yang sedar sahaja tahu betapa RAMADHAN itu sangat beerti..
Buat hamba-hambaMU yang dhaif ini,,

Monday, August 2, 2010

Terbatasnya kita.

Seorang anak yang merintih kesakitan mula menampakkan bibit-bibit keceriaan apabila melihatkan ibu yang tersayang datang mendekat dengan harapan akan si ibu akan mencurahkan kasih sayang kepada si anak.. Dengan tak semena-mena, si anak menjerit dengan lantangnya…


‘Ibu Jahat… ibu jahat’.. Agak-agak anda kenapa?


Kerana kehadiran si ibu tadi yang selama ini menjadi tempat mengadu telah memaksa si anak menelan ubat yang cukup pahit bagi tekak si anak. Walaupun si anak meronta meminta dilepaskan, si ibu tetap memaksa si anak menelan ubat yang pahit tadi.



Adakah si ibu tadi benar-benar kejam dan jahat sehingga tegar melihat anaknya yang sakit tadi merintih kesedihan dek kerna ubat yang terpaksa ditelan ?

Saya cukup yakin dan percaya, bahawa jawapan kita serupa.


Si ibu bukan bertujuan menyakiti si anak tetapi si ibu bertungkus-lumus memberi yang terbaik kepada si anak untuk menyembuhkannya kerana si ibu lebih mengerti daripada si anak yang masih kecil. Kemampuan berfikir masih cetek sehingga si anak belum mampu memahami hakikat sebenar dari tindakan si ibu sehingga

kebaikkan dilihat sebagai keburukkan.


Kelak setelah si anak meningkat dewasa, pasti dan pasti si anak akan menyedari bahawa segala perbuatan ibunya yang dulunya dianggap ‘jahat’ akan diterima dengan penuh kesyukuran kerana berkemungkinan si anak tidak dapat melihat dunia sehingga ke hari ini sekiranya si ibu tidak memaksanya menelan ubat yang pahit tadi..

Kerana, perlu diingat bahawa

kebaikkan kadangkala terasa amat menyakitkan.


Ingatlah perkara ini baik-baik dan muhasabah kembali diri kita.

Hitunglah keluhan-keluhan serta nada-nada bantahan yang pernah kita ungkapkan terhadap-Nya tatkala Allah menguji kita.

Tidakah kita akan dilihat seperti seorang anak kecil?

Tidakkah kita malu dengan keadaan yang seperti ini?

Yang hanya tahu mengeluh tanpa terdetik sedikit pun rasa untuk bersyukur.


Ingatlah,

Allah itu Maha Mengetahui dan pengetahuan-Nya sangat meluas dan sebagai seorang hamba kita perlulah sentiasa bersangka baik terhadap setiap ujian yang di’anugerahkan’ Allah kepada kita.


Apa yang pasti,

kedudukan Allah terhadap hambanya seperti kita adalah jauh lebih mulia dari kedudukan seorang ibu kepada seorang anak.